Ayam Barrel, Bukan Calang-Calang Ayam!

Ayam Barrel Johor Bahru sebenarnya telah bermula sejak Jun 2016. Pada awalnya Ayam Barrel di jual pada bulan Ramadan di Bazaar Ramadan Taman Perling, Johor Bahru.

Alhamdulillah mendapat sambutan yang memberansangkan. Ada yang datang cuba beli seekor pada awalnya. Lepas satu jam datang balik pelanggan tu, beli lagi dua ekor Ayam Barrel. Sedap! katanya. Beli lebih untuk makan dengan keluarga dan kawan-kawan.

Ayam Barrel ni kami perap dengan rempah perapan hasil dari resepi masakan tradisi yang diolah supaya terasa rempahnya di dalam daging Ayam Barrel.

Setelah diperap dengan sempurna, ayam tersebut di bakar dengan api dari kayu arang di dalam tong barrel. Di situlah bermulanya nama Ayam Barrel. Kami bakar ayam sehingga berwarna kuning keemasan.

Bila daging Ayam Barrel dah masak empuk, memang terasa rempah dan bau arang di dalam daging Ayam Barrel. Memang terangkat!

Sos atau sambal power Ayam Barrel kami buat sendiri dengan campuran beberapa rempah dan cili terpilih. Campuran rasa pedas, sedikit masam dan sedikit manis menyerlahkan lagi rasa rempah dan arang dalam Ayam Barrel.¬†Hmmmm….menyelerakan!

Kami hidang Ayam Barrel dengan Nasi Kemangi dan ulam segar. Nasi Kemangi ini adalah nasi yang dimasak bersama daun herba dan beberapa herba terpilih. Rasanya memang tidak sama dengan nasi ayam.

Sebab itu kami tidak panggil ini nasi Ayam Barrel, tetapi Nasi Kemangi Ayam Barrel!

Pada November 2017, kami mula membuka Kedai Makan Ayam Barrel di No 1, Jalan Padi Mahsuri 1, Bandar Baru Uda, Johor Bahru. Alhamdulillah, sambutan dari warga Bandar Baru Uda dan sekitarnya amat memberansangkan.

Ramai juga yang datang. Lebih ramai lagi yang buat pesanan untuk delivery sehingga ke Pasir Gudang, Skudai dan beberapa kawasan lain.

Ada yang kata kawan mereka dari Shah Alam yang suruh mereka mencuba Nasi Kemangi Ayam Barrel. Ada juga yang datang dari Melaka, mencuba Ayam Barrel semasa bercuti di Johor Bahru. Sehingga ada pelanggan dari Singapura yang menghubungi kami, bertanyakan tentang Ayam Barrel.

Ramai juga pelanggan kami yang berpendapat, tiba masa untuk kami buka Restoran Ayam Barrel di tempat yang lebih selesa dan sesuai untuk pelanggan yang ramai. Insya Allah, kami akan berpindah ke tempat yang lebih selesa untuk pelanggan-pelanggan Ayam Barrel nanti. Sentiasalah mengikuti perkembangan Ayam Barrel ye. Follow kami di Facebook atau di Instagram.

Kami mengucapkan terima kasih ke atas sokongan pelanggan-pelangan kami sama ada di Johor Bahru, ataupun dimana mereka berada. Sokongan anda amat kami hargai. Segala idea, komen dan cadangan sangat kami hargai dalam membantu memperkembangankan perniagaan Ayam Barrel ini. Anda memang awesome!